Wednesday, February 23, 2011

Kenapa saya menulis blog?

Kenapa saya menulis blog??
Tak pernah pon orang tanya..
saja saya mereka-reka entry..

Saya tiada diari..
maka blog inilah diari saya..
kisah hidup saya...
dan sekiranya saya jarang menulis,
itu bermakna saya sedang dan mahu menjalani hidup saya tanpa penulisan untuk sementara..

Itulah saya..
Saya tak mahu tahu orang suka baca blog saya atau tidak...
trafik tinggi ke tidak..
Saya cuma menulis mengikut kata hati saya..
Saya tak mahu menulis bila takda mood...tak feel-LAH...;)
sekiranya ada yang suka, terima kasih saya sangat hargai..

Kenapa saya menulis blog??
Saya mahu ada pendengar setia..
Yes, blog mendengar apa saja..
sentiasa ada waktu untuk saya...
mendengar cerita saya sehingga tidak terhingga..
dan tak mencelah dipertengahannya..
sehinggalah saat saya habis bercerita..

Kemudian menasihati saya apa yang perlu..
mengiakan atau menidakkan..
memberi contoh dan berkongsi cerita yang sewaktu dengannya juga..
Ok, rangkap yang ni untuk anda-anda yang selalu tinggalkan komen..;D
Juga yang sering menjengah...tanda ambil berat mengenai saya..
saya tauuu..heheheeee

Ini..
tempat saya bercerita..
tempat berkongsi apa yang saya boleh kongsikan..and
This is sO me!!



Kenapa saya tulis ayat skema macamni???
Inilah yang terjadi apabila idea bercampur emosi langsung menguasai.....
ayat celah mane ko ambik ni, ntahapeapentah!
layannnnnnkan ajer..ngehngehngeh


Till next entry, c ya!!






Thursday, February 17, 2011

Hubby Masuk Wad!! saya sedih...


Aku : Abang, jom klua makan!
Hubby : Jom, kite tapau je k. Abang rase mcm tak sihat..
Aku : Ok..kite pegi kejap je pastu kita balik k..

Malam tu lepas pegi kedai makan, hubby mengadu sakit perut padahal die tak makan pon lagi. Die suruh amekkan bantal, nak baring depan TV katanya. Aku pon pegi amekkan.. Aku tengok die baring tak kena, duduk tak kena, mengiring tak kena...ke kanan ke kiri die tahan sakit. Aku amekkan minyak panas and sapukan pada perut die. Hubby kata "Terima kasih. Abang nak masuk tido kat bilik. Honey tutupkan lampu k"... Die pon masuk bilik and aku tutupkan lampu, tapi aku tak tutup pintu..sebab aku risau die sakit lagi. Beberapa minit je hubby ok, pastu die mengadu sakit lagi. "Telefon Pak Itam, abang nak g hospital..sakit!!".. tak tau aku nak kata apa bila tengok orang yang kita sayang tahan sakit macamtu. Airmata aku yang berjurai-jurai. Dan dengan pantas aku capai Hp.. Dalam masa 10 minit Pak Itam aku sampai depan umah. Lajunya Pak itam bawak keta. Umah die kat Ayer keroh, kena lalu 3 traffic light besar lagi untuk sampai umah aku. Agaknya die risau sangat..sampai tak sedar bawak keta laju camtu..

Pak Itam terus papah hubby masuk keta. "Wani kemaskan baju die sume, Pak Itam jalan dulu..nanti wani bawak keta g kat Hospital Pantai tu tau".. Siap-siap kemas semua aku pon gerak sambil berdoa dalam hati supaya hubby tak apa-apa..






Sampai di Wad Kecemasan, doktor sedang rawat hubby. He looks fine..tak mengerang sakit macam tadi lagi. Pak Itam kata, doktor dah kasi injection. Tapi muka hubby lemah.. Nurse kasi slip and suruh buat pembayaran deposit. SAH, HUBBY KENA TAHAN WAD!!..
Lebih kurang jam 1215 pagi, doktor sampai kat katil hubby. Doktor tanya simptom-simpton pada hubby... Yup, doktor dah ada jawapannya. Aku tak dapat tulis sini, belum dapat izin hubby. Nanti kalau hubby dah izinkan aku akan btau korang hubby kenapa..kenapa...ok..

3 malam duduk wad, malam last..aku teman hubby tido kat wad. Merase jugakla tido wad!! hehehe.. Eh, lupe lak, ritu ade skali tido wad, sebab miscarriage..hukhuk..taknak ingat lagi sebab sedey. Yang penting sekarang hubby dah ok lepas jalani beberapa rawatan. 18 Feb ni nanti hubby ada appointment lagi ngan doktor. Harap semua sudah baik..and takde appointment lagi lepas ni. korang doakan yer..

Terima kasih sudi baca
Till next entry, c ya!




Sunday, February 13, 2011

Edisi lupa yang kronik!

Semalam adalah "Hari Mencari Barang Selalu Tak Jumpa". Ntah, gelabah semacam je tapi taknak mengaku. Hubby awal-awal dah tegur.."Apesal awak macam gelabah je, bawak kete tak kena, jalan tak kena??" Aku kata, "Eh, takla, mane ada, ok je ni"..

Boleh tak aku tertinggal handbeg??!!! aRGGhhh!! Punyela besar gedabak handbeg engkau bOleh tertinggal? hishhh...

Pic from google


Malam tu aku dah menung-menung dah teringatkan handbeg. Makan tak lalu, cakap tak mahu, lemau terusss. Mau nye tak, duit, ic, kad bank, barang mekap, hmmm handbeg baru lak tu. Adoiii mak.. Nasibla handset aku letak dalam poket jaket, kalau tak..tambah sakit kepala ni..

Benda ni start tengah hari tu, before aku g lunch then nak terus ke HQ. Sampai kat kete "Eh, mane pulak kunci kete ni?" ni sah tinggal atas meja kat ofis. Kena aku pusing balik cari kunci. Cari punye cari, rupanya kunci ada dalam poket jeans. Macamana boleh tak perasan aaa? Pelikklaaa.. Pastu sambung pulak masa kat HQ. Memang aku ingat aku ade bawak handbeg masuk dalam bilik meeting. Agaknye meeting tu lama sangat sampai aku bangun cepat-cepat nak terus balik.

Hubby bising-bising malam tu. Kesian dia, handbeg tu die yg belikan, aku tak pandai jaga..tapi kesian lagi kat aku sebab aku pegi btau dia yang aku letak duit RM400 dalam beg tu..Uwaaa!! uwaaa!!!.. Hubby baik, die pujuk aku balik. Di kata, "Takpela, kalau hilang nak buat macamana tapi abang rasa handbeg tu ada..esok pagi-pagi pegi amek yer! ;) Aku pon terus berdoa supaya hari cepat pagi..heheheheeee. pagi ni tadi dengan pantas aku pegi HQ nak amek handbeg. E..eh,Aderrrlaaaaaaaaaaaaa!!! SERONOKNYA!! Bertuah punye budak...



till next entry, c ya!!