Wednesday, September 12, 2012

Minat Masak yang Seasonal!

Aku memang camni. Kejap2 ada je benda yang aku beria-ria nk buat. Sekarang aku tengah sibuk minat nak buat kek la desert bagai... Start dari bulan puasa haritu la. Daripada berangan nak buat biskut raya, sekarang dah melalut ke buat kek. Laki aku layan je...hahaha!
Dia cakap kat mak, 'Mak, bulan puasa haritu Nani dah khatam dah buku masak'... pastu gelak..mmm. Ko tau sebab apa dia cakap camtu? sebab sebelum ni aku mana pandang buku2 tu semua. Beli je kat luar, lagipun nak makan dua orang..asal pulak nak penat2 kan diri..

Sekarang??

Daripada bulan puasa haritu aku mengumpul bahan buat kek, biskut, desert..macam2. Sekarang ko cakap je nak bahan apa, memang semua ada kat umah aku. Percaya tak? Esok aku dah boleh bukak kedai bahan2 buat kuih dah...Datangla! Wakakaka..

Mari tengok Rainbow Kek aku yang cantik bak pelangi selepas hujan..;)




 
Picture loading...
 
 
 
 
 
Muffin Coklat...(Resepi dari Cik Fatin Liyana)
 
 
Muffin Coklat
 
 
First time buat muffin terus jadi. Thank you cik Fatin sebab kongsi resepi yang memang sodap lah bak kata lidah ngan tekak aku ni.. Banyak kali aku buat. Almaklumlah resepinye menjadi. Kalau tak jadi...takdela dengan megahnya aku bercakap..

Aku ada buat macaron...tapi oleh kerana rupanya yang senget sebelah, aku menidakkan niat aku untuk letak gambar macaron tu. mencik..!! adik aku cakap tak jadi sebab dulang pembakar tu tak sama level. Mungkin kot.... Tak mungkinlah aku yang tak pandai buat macaron...kannn... :p

harini...sempena besday Papa Dani Suami Kesayangan Mommy Dani...(suami aku ye..) aku buat Devil's Food Chocolate Cake. Resepi dari Kak Ita blog Masam Manis..
Kak ita memang kaki masak. Kalau korang pegi blog dia, konpom korang jadi cam aku jugak tetiba terminat nak buat kek macam dia. Berangan konon ko punya kek ngan biskut akan jadi sama cantik macam Kak Ita buat, Padahal ko tak sedar semua tu dalam kepala otak kau ajer...hahahah...


Devil's Food Chocolate Cake
 
Sekarang dah sampai masanya aku berhenti menulis sebab aku nk sambung balik pikir nak masak apa pulak lepas ni, sambil mengabaikan memikirkan siapa yang akan makan apa yang aku masak sebab aku tinggal bertiga je...tak mampu pon habiskan sebiji kek 1 hari.....


k, bye..