Monday, May 21, 2012

Gosip 10 Bulan??

Assalamualaikum...


Hai kawan!
Sungguhhh..lamaaaa kita tak bercerita. Umur pon da meningkat 1 tahun. but still...muda...jelita (wah, engkau cakap tak beragak..hikhik). Sejak mengandung sampai bersalin, baby dah umur 6 bulan lebih dah..lama kan? rindu nak tulis blog, tapi maklum je lah, bila dah jadi mommy orang...bz sangat. tak sempat..lepas sehari-sehari, lepas sehari-sehari...lama-lama tu yang jadi 10 bulan..


Okey kawan..
Mari mulakan gosip hangat 10 bulan..









Picture loading...





Dani Harraz bin Muhammad Nurkhairunizam


Iyerrr, ini anak mommy. Masa ni umur dia 2 bulan. Hidung mancung..macam mommy dia, ngeeeeee..(dah mula dah...). Dia lahir sehari sebelum 2nd Anniversary Mommy and Papa, jam 630 pagi. Berat time lahir 2.5kg...tecikkk je. tp comeyy di mata mommy dan papa. ;) Dani...dani...dani.....
Hmm, nak cerita pengalaman bersalin...panjang oOo..di entry lain yer..

Lepas dani lahir, aku berpantang kat rumah mak kat Segamat, Johor. 2 bulan makan nasi putih, ikan, sayur.., nasi putih, ikan, sayur..masak air pulak tu. bukan main sedappp...sebab mak yang masak, memang sedap... Betul, tak tipu.

Masa berjalan cepat sangat, tup..tupp dah hujung bulan 12. kena masuk kerja..
Masa berjalan-berjalan lagi....dan sekarang dani sudah 6 bulan..
Sepanjang 6 bulan rasanya takda aktiviti menarik yang aku buat..ke aku dah lupa? sejak jadi mommy orang ni asik lupa je manjang..

Eh, apa tadi aku nak tulis? tengok dah lupa dah...
jumpa next entry lah..
betul tak ingat..
bye....(with heheheeee...)