Saturday, December 22, 2012

Dividen ASB 2012

Lambat update...padahal dah tunggu pengumuman dividen ASB 2012 lama dah. Bila PNB umum, lupa nak tengok...

Agihan pendapatan ASB tahun 2012 ni 8.9%, naik 0.1% dari tahun lepas 2011. Naik jugakla even tak banyak. 7.75% dividen, 1.15% bonus..

Korang tau tak cara kira berapa kita dapat. Mari aku ceritakan...
Dulu masa aku tak buat research lagi aku kira untung ASB aku cam bawah ni. Bila dia umum je contoh 8.9%, dengan pantasnye aku amek calculator dan kira :

8.9/100 x RM100,000.00 (wah, tulis jumlah taknak kalah..hahaha! contoh je tau)
Jadi total keuntungan = RM8,900.00

Banyaknyerrr!! boleh belanja husband, mak, ayah, mak mertua, anak, sepupu, sedara, kawan2... errr. pastu? pokaii dan tunggu pengumuman ASB pada hujung tahun seterusnya. Kannn? Siryes tak betul! jangan macamni tau..

Sebenarnya cara kira mcmtu salah, yang betulnyer macam bawah ni :


PENGIRAAN DIVIDEN 7.75%
Tarikh mula simpan ASB : 1 Januari 2012
Jumlah Simpanan Januari : RM100,000.00 (Pinjaman/loan ASB)
Maka dividen untuk bulan Januari adalah :

0.0775/12 x RM100,000.00 = RM645.83
Darablah hasilnya dengan 12 bulan kalau korang simpan sampai bulan 12 ni. Maknanye, RM7,749.96 keseluruhan dividen.


PENGIRAAN BONUS 1.15%
Bonus dikira dengan mencampurkan kesemua jumlah simpanan bulanan, bukan jumlah yang disimpan. Paham? Silalah baca ayat ini dengan banyak kali...sampai sakit hati sebab ko tak paham-paham. Aku pun tak reti dah nak explain.

Contoh :
Tarikh mula simpan ASB : 1 Januari 2012
Jumlah Simpanan Januari : RM100,000.00 (Pinjaman/loan ASB)
Jumlah Simpanan Februari : RM100,000.00 (masih banyak tu, tak bertambah sebab ko tiada duit lebih untuk disimpan, kannn,hahah)
Jumlah Simpanan Mac : RM100,000.00 (eh, masih sama?)
Teruskan sampai bulan Disember okeh..

Jadi,

RM (100k + 100k + 100k + 100k + 100k + 100k + 100k + 100k + 100k + 100k + 100k + 100k)

=RM 1,200,000.00

Ingat! Bonus dikira dengan mencampurkan kesemua jumlah simpanan bulanan, bukan jumlah yang disimpan.
Kalau jumlah simpanan, konfom lah masih RM100k, ye tak? ikut je jangan banyak tanye.

kemudian guna formula ni:

RM 1,200,000.00 x 0.0115/120 = RM115
Maka bonus baru RM 115.00. Kalau dah lama simpan, kira la untuk tiap-tiap tahun punya, sehingga 10 tahun terkini pelaburan.

Dan, total keuntungan keseluruhan yang ko dapat setelah dengan gigihnya ko bertahan menyimpan atau meminjam RM100k, lalu memakan maggi atau ubi kayu setiap bulan...hahaah! ialah...

RM7,749.96 + RM115.00 = RM7,861.96

* Kalau pengiraan aku masih salah, sila betulkan yer...... malu ;)
* Rujukan aku.blog.kamu . Minta share ilmu yer tuan blog, entah betul ke tak fahaman aku ni..heheh. Minta tunjuk ajar andai tuan blog menjengah ke sini. Sekian..larikkk....



3 comments:

a z m i r said...

assalammualaikum.

formula kiraan bonus tu betul. tujuan dibuat begitu untuk mudahkan orang kira secara lump sum.

kaedah sebenarnya kena kira satu satu. contoh bonus bulan januari

RM 100,000.00 x 0.0115/120 = RM 9.58

hah itu bonus bulan januari.

kalau simpanan konsisten, maksudnya bonus setiap bulan adalah RM 9.58.

end up bonus untuk setahun simpanan adalah RM 9.58x12 = RM 115.00

sama saje kan? thats the beauty of maths.

selamat berkongsi, insyaallah.

az ha d' said...

bagaimana pula masuk duit rm100000 mulai bulan 7...dari bulan 1 hingga 6 tiada simpanan...bagaimana pula kiraannya?

Unknown said...

Rm0 utk bln jan - jun.