Monday, November 26, 2012

Muffin Pandan Kukus

Hari yang tak best sebab hari ni pagi-pagi makcik aku dah call btau dia dah tak dapat nk jaga Dani stat minggu depan sebab nk buka kedai makan. Emmm....,siapala nk jaga Dani ni..kesian anak mummy yang encem ni dah takde orang nk jaga. Dani tau tak, mummy takut nk hantar Dani kat nursery. Dani kecik lagi, silat koboi pun tak pandai, ini kan kick boxing.;p..

Asal papa ajar silat je Dani gelak. Gelak je tau anak mummy ni. Dani cakap pun mummy n papa lum bape faham. papapapa....dadada...duckduck..da...dah..tu je ulang-ulang. Pastilah Dani tak pandai mengadu kalau ada apa-apa...


 



Tak boleh nak fikir hari ni. Mak suruh hantar Dani balik kampung, dia nk jaga tp....jauhnye. Nanti hujung minggu baru dapat jumpa Dani. Balik-balik je Dani dah pandai itu, balik-balik je Dani dah pandai ini...mesti nanti rasa terkilan sebab tak dapat tengok Dani besar depan mata. Ya Allah, Engkau permudahkan segalanya buat kami ya Allah..amin

Balik keje petang kena terus discuss dengan husband pasal Dani. Memang aku dah plan nak berhenti kerja tapi itu akan ambil masa 2,3 bulan lagi. Papa akan naik pangkat tak lama lagi, pasti! Time tu mummy n Dani boleh duduk rumah, kan Dani kan?? ;) Mummy jadi Chef, Dani jadi Floor Engineer..OK? heheheeeee...

Sebut pasal chef, semalam aku ada try 1 resepi from Kak CT Delima. Mohon share ye kak.
First time aku share resepi kat sini.. nah!


Muffin Pandan Kukus
Sumber : Maklang Azie

Bahan A :
2 cawan susu cair (guna susu segar lagi sedap)
1 cawan minyak masak atau 250 gm butter cair
1 3/4 cawan gula castor
1 biji telur

Bahan B : (di ayak)
250 gm tepung superfine (aku guna tepung gandum je)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar pandan emulco (esen pandan)

Cara-cara :



  1. Didihkan dahulu air dalam periuk kukusan
  2. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker je.
  3. Masukkan bahan B dan gaul rata. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian diletak sedikit warna hijau + pandan emulco. Dan satu lagi dibiarkan plain saja.
  4. Masukkan dalam piping beg yang bersih. Gunting sedikit kedua2 hujung piping beg dan paipkan serentak dalam muffin cup.
  5. Letak 3/4 atau hampir penuh dalam muffin cup. Dan kukus selama 7 - 10 minit dengan api yang besar.

Tips :
Untuk mendapatkan muffin pecah 4, air kukusan hendaklah dipanaskan sehingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang antara muffin supaya kesemua muffin masak sempurna.
Hasilnyer...
Muffin Pecah 4

Muffin cantik molek tak pecah 1 pun. Apehat?





Asal kaler hijau ko lain? Ohh..aku dengan kreatifnya telah menghasilkan kaler hijau menggunakan pewarna biru + kuning sebab pewarna hijau aku telah MIA dengan tidak semena-mena.ahahah! Tipu..
Sebenarnye aku kasi kawan aku pakai pewarna hijau tu sebab dia cakap nak buat kek lumut. Sampai hari belum nampak mane lumutnya tu...:)

Aku pun tak pasti kenapa bila aku pakai cup muffin yang kaler hitam, muffin tu tak pecah 4. yang bekas belang kuning tu elok pulak cantik....ada orang tau tak? Ada beza ke hasil bekas muffin kecik besar, permukaan berkilat atau tak? emmm...

Apa-apa pun, sodap...! dah habis licin aku, hubby n Dani Harraz makan...
Ohh yer, untuk resepi ni aku dapat lebih kurang 10 ketul muffin.

Selamat mencuba ;)




1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)